Wednesday 15 August 2012

Pasaraya Tesco Mergong Kedah Berhantu

Ada mengatakan yang Pasaraya TESCO di Mergong adalah kawasan panas dan berhantu kerana budak kecil sering sahaja menangis apabila memasuki kawasan premis TESCO itu. Kenapa TESCO Mergong di Kedah itu dikatakan berhantu. Mungkin ramai pengun...


jung yang tidak maklum dengan kewujudan dua buah kubur di tepi Pasaraya TESCO Mergong, Alor Setar. Mungkin juga disebabkan kawasan kubur ini telah ditabir dengan pagar zink yang agak tinggi. Pihak kami mendapat makluman tentang kubur ini daripada beberapa pekerja Pasaraya TESCO dan seorang pembantu kedai di Restoran Makanan Segera Pizza Hut yang juga beroperasi dalam bangunan TESCO Mergong. Menurut keterangan beberapa pekerja TESCO Mergong, mereka pernah terlihat seakan lembaga hitam sedang bertenggek di atas dahan pokok yang berada ditepi kedua-dua kubur tersebut apabila pulang lewat pada waktu malam. Seorang pengawal yang bertugas di sini juga
 menegaskan yang diasering tercium bau yang wangi disertai perasaan seram sejukapabila melalui berdekatan kawasan tersebut. Namun perkara sebenar disebalik misteri ini masih belum diurai dan tiada sebarang kes yang dibangkitkan berkaitan kedua-dua kubur tersebut. Lagi gambar kubur misteri di tepi Pasaraya TESCO di Mergong Alor Setar.

Thursday 9 August 2012

Lokasi Baru Pemburuan Makhluk Berasal Dari Api

KUALA LUMPUR: Awas,30 lokasi hantu di sekeliling anda! Demikianlah didedahkan oleh Pengkaji Kumpulan Paranormal Scenes Investigator (PSI), Jamie Surina Hisham, mengulas mengenai lokasi hantu yang pernah di temuinya. Antara di lokasi utama, di Bandaraya Kuala Lumpur, yang dikenal pasti sebagai sarang lokasi hantu.

Menurut Jamie, lokasi yang disenaraikan, memang mempunyai cerita tersendiri yang terjadi kepada mangsa kejadian.Kekerapan kejadian dikaitkan juga dengan peristiwa semasa
terutama
menjelang perayaan.

Menurut pihak polis, menjelang perayaan,pihak berkuasa akan menghebahkan kepada orang ramai megenai lokasi-lokasi maut di seluruh negara yang sering mengundang kemalangan jalanraya sebagai tanda peringatan agar pengguna jalan raya berhati-hati.

Namun tidak ramai yang tahu, terdapat juga lokasi-lokasi yang dikenal pasti berhantu diseluruh negara dan hasil soal selidik Perdana dengan beberapa pihak setakat ini terdapat 30 lokasi di Semenanjung Malaysia dan hampir separuh daripada lokasi itu terdapat di Kuala Lumpur.

Bagi mengesahkan lokasi terbabit, Pengkaji Kumpulan Paranormal Scenes Investigator (PSI), Jamie Surina Hisham berkata,memang terdapat banyak tempat berhantu yag pernah mereka jalankan kajian di sekitar Kuala Lumpur.

“Di Bukit Tunku sahaja terdapat empat buah banglo yang kami buat kajian didapati aktif dengan aktiviti paranormal,”katanya.
Katanya, ramai penghuninya terdiri daripada golongan elit, kawasan yang redup dengan pokok-pokok tinggi menjulang, menjadi lokasi menyeramkan setiap kali pemandu kereta menempuh jalan tersebut.

Sementara itu, Ketua Kumpulan PSI yang dikenali sebagai ‘Uncle Seekers’ berkata kumpulannya pernah membuat lebih 16 kali kajian di Highland Tower yang terkenal dengan kejadian kondominium runtuh suatu ketika dahulu.

“Dulu kawasan tersebut memang aktif berhantu tetapi sejak akhir-akhir ini,kajian kami mendapati kawasan terbabit sudah tidak aktif lagi,”

Antara lain tempat yang memang aktif berhantu ialah kawasan Jirat Cina Ampang, Jirat Cina Brickfield, Perkuburan Islam Jalan Ampang dan Hospital Lady Templer.

Di senaraikan kawasan-kawasan berhantu di seluruh Semenanjung Malaysia:


1. Kondominium runtuh di Highland Tower, Kuala Lumpur

2. Institut Victoria, Kuala Lumpur 

3. Kediaman Elit Bukit Tunku, Kuala Lumpur 

4. Jirat Cina Ampang, Kuala Lumpur


5. Jirat Cina Brickfield, Kuala Lumpur 

6. Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur 

7. Hospital Lady Templer. 

8. Kawasan Sekolah Menengah Perempuan Bukit Bintang, Kuala Lumpur 

9. Berhampiran Poliklinik Cheras. 

10. Jalan Kuala Lumpur ke Genting Highland Resort 

11. Pejara Pudu, Kuala Lumpur 

12. Sekitar Puchong, Kuala Lumpur 

13. Berhampiran Sekolah Kebangsaan Kuala Ampang 

14. Kawasan berhampiran Maktab Rendah Sains Mara, Kuala Kubu 
Bharu, Selangor 

15. Kawasan Bukit Damansara, Selangor 

16. Kellies Castle, Perak 

17. Kawasan berhampiran Tambun Inn,Perak 

18. Kawasan Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Jambatan Sungai 
Perak, Perak 

19. Jalan Simpang Masuk dua hala ke Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak 

20. Simpang tiga di tengah bandaraya Georgetown berhampiran 
Sekolah Tinggi Union, Pulau Pinang. 

21. Kawasan Lorong Petani, Alor Star, Kedah 

22. Kawasan pejabat Bernama lama berhampiran Pekan Rabu, Alor Star Kedah. 

23. Kawasan jambatan berhampiran jambatan Titi Haji Idris, Alor Star, Kedah. 

24. Kawasan Kubur Panjang, Pendang.

25. Tobiar, Pendang. 

26. Kawasan berbukit di Telok Chempedak, Kuantan Pahang. 

27. Kawasan hutan bakau di Kuantan, Pahang 

28. Kawasan Kota Lama, Melaka

 Lokasi terbaru yg telah kami jelajahi ialah :

a) kubur orang asli - Di Semenyih
b) Kubur Jugra - lokasi perkuburan sultan n waris kerabat Selangor pertama
c) Menara Penjejak Musuh - Pangkalan Tentera Udara Banting
d) Kubur Cina Banting
e) Kubur Hindu Banting
f) Rumah Mona Fendy- Shah Alam