SIHIR DALAM MASYARAKAT MELAYU
Dalam masyarakat melayu memang terkenal mengenai Ilmu Sihir. Ilmu
Sihir ini selalu dikaitkan dengan Bomoh dan Dukun. Ia sering dirujuk
dalam masyarakat kita sebagai perbuatan orang atau kemasukan syaitan.
Bahan yang sering digunakan oleh tukang sihir di kalangan masyarakat
Melayu bergantung kepada keperluan tukang sihir itu sendiri. Lazimnya
air sihir, keris, darah, telur, jarum dan patung merupakan bahan yang
popular digunakan di kalangan bomoh atau tukang sihir Melayu. Di samping
itu ia turut dibantu beberapa jenis jin atau hantu bagi tercapainya apa
yang diminta. Antara jin atau hantu tersebut dikenali sebagai berikut
:-
* Hantu Bungkus : Mempunyai kuasa dan boleh meresap dalam tubuh manusia,
* Langsuir : Perempuan yang mati ketika melahirkan anak, boleh digunakan bagi tujuan mengganggu,
* Polong : Bagi menghisap darah mangsa
* Jembalang : Tukang sihir akan membuat perjanjian dengan jembalang
sebagai pengawal apabila sesuatu tapak atau kawasan diganggu oleh orang
lain.
Kesemua ini diperolehi tukang sihir sama ada secara warisan keturunan
nenek moyang kita atau dipelajari oleh seorang guru sihir. Dalam
hubungan ini syaitanlah yang memainkankan peranan yang paling besar.
JENIS-JENIS SIHIR
PATUNG
Tukang sihir akan menggunakan bahan-bahan yang didapati daripada tubuh
badan mangsa seperti rambut, kuku dan sebagainya yang kemudian diikat
pada patung. Seterusnya patung itu dicucuk dengan jarum. Pada masa yang
sama jampi mantera dibaca oleh tukang sihir tersebut dan dipercayai
mangsa akan berasa sakit dan boleh membawa maut.
SANTAU
Nama ini sudah begitu popular di kalangan masyarakat Melayu. Santau
merupakan bahan campuran antara kaca yang ditumbuk halus dan ia akan
dimasukkan ke dalam makanan atau minuman mangsa dengan membaca ayat-ayat
tertentu oleh tukang sihir
TELUR LAYANG
Tukang sihir akan mengambil sebiji telur yang telah dijampi yang lalu
dibalut dengan kain kuning. Kemudian sebatang jarum akan dicucuk ke
dalam telur tersebut sambil jampi mantera dibaca. Akibatnya mangsa akan
berasa sakit serta boleh membawa maut.
TANGKAL dan AZIMAT
Tukang sihir akan menulis ayat azimat dengan lidi daun pokok kabong
berserta dakwat merah yang dicampur dengan bedak za’faran dan air ros.
Dakwat merah tersebut ialah darah seseorang yang telah mati dibunuh
dengan kejam atau darah ayam jantan. Kemudian tangkal atau azimat tadi
diperasap dengan kemenyan yang dilakukan pada malam jumaat atau malam
khamis yang ditujukan kepada mangsanya.
SIHIR PEMBENCI dan KASIH SAYANG
Sihir pembenci bertujuan memisahkan sepasang kekasih atau suami-isteri.
Manakala sihir kasih-sayang boleh dilakukan oleh tukang sihir dengan
menulis ayat-ayat jampi di atas kertas kemudian dibakar dan habuknya
dimasukkan ke dalam minuman yang disertakan dengan jampi tiga kali
sambil menyebut nama orang yang dihajati.
CARA MENGATASI GEJALA SIHIR
Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi
fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap
yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya.
Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit
disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas
bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang
terkenal dengan Labid bin A’sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu
kita bahawa terdapat ayat Al-Qur’an yang dinamakan Al-Mu’awwizat, iaitu
beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia
menjadi penawar.
Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut
adalah pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah
menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca
enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah
iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah
tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa
Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.
Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :-
1.) Surah Al-Baqarah 2 : 1-6
2.) Surah Al-Baqarah 2 : 255-257
3.) Surah Al-Baqarah 2 : 284-286
SAKA ( KETURUNAN )
Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian
lama hingga sudah menjadi sebati dengan manusia itu. Ini berlaku samada
seseorang itu tahu atau tidak, kerana ia datang dari keturunan kita.
Kemungkinan ilmu ini telah dipelajari oleh nenek-moyang kita terdahulu.
Dan diturunkan kepada kita tanpa diketahui atau jin itu sendiri yang
memilih untuk mendampingi keturunannya yang dia kehendaki.
Dari itu memang sukar menghalau jin di dalam tubuh seseorang yang
telah dianggap saka. Ia tetap akan kembali lagi ke tubuh tuannya itu
walaupun sudah beberapa kali diberi amaran atau bersumpah di atas nama
Allah s.w.t. bahawa ia tidak akan datang lagi.
Namun begitu, dibawah ini ada cara yang boleh mengeluarkan saka dalam
tubuh seseorang itu, tetapi ia memakan masa yang lama mungkin makan
bulan malah tahun.
Caranya ialah ambil tempat (tumbler) berisi air, lalu bacakanlah air
tersebut dengan surah-surah dibawah ini. Ia dilakukan diwaktu sesudah
mendirikan solat subuh.
1.) Surah Al-Fatihah ( Ayat 1-7 )
2.) Surah Al-Baqarah ( Ayat 255 )
3.) Surah Al-Insyirah ( 1-8 )
Air ini digunakan sebagai minuman harian. Apabila kamu minum air yang
dibacakan ayat-ayat Al Qur’an ia akan menjadi darah daging kamu.
Lakukanlah pada tiap-tiap hari, jangan mudah jemu, sudah dikatakan
proses ini memakan masa yang lama. Dengan izin Allah…… Jin (saka) yang
berada di dalam tubuh kamu akan merasakan kepanasan lalu terbakarlah dia
dengan azab Allah s.w.t. Insya Allah….
Setelah kamu minum air tersebut berterusan, kamu dapat merasakan
seluruh anggota kamu akan menjadi pija (panas) terutama di bahagin
tengkuk, kerana disitulah tempat duduknya jin tersebut. Ini menunjukkan,
usaha anda telah berhasil. Itu petanda Allah s.w.t. telah mengazabkan
jin di dalam tubuh kamu itu. Itulah kemujarabannya…..
ILMU KEBATINAN dengan MENUNTUT ( 1 )Menuntut bererti mempelajari ilmu
secara khusus dan sedar yang dilakukan dengan tunjuk ajar guru. Kaedah
untuk membela hantu raya ialah untuk dijadikan “khadam”, dengan
menyediakan sebiji telur ayam mentah yang ditebuk dengan jarum berserta
dengan setitik darah orang yang berkenaan. Darah diambil dari jari
kelingking tangan kiri, dititikkan berhampiran lubang. Bahan lain ialah
sekepal pulut kuning, sebatang rokok daun dan sekepal nasi. Tempat yang
dipilih untuk memanggil hantu ialah di mana-mana busut jantan, jauh
daripada manusia yang dilakukan di tengah malam.
Ungkapan kata menyeru makhluk ini berbunyi :-
* Hei si hantu raya
Jembalang angin
Aku tahu asalmu
Engkau dari bulu hidung Nabi Adam
Makanan engkau telur ayam
Mari engkau
Mari makan benda-benda ini.
Hei si hantu raya
Mari kau bersahabat
Mari menjaga diriku
Engkau taat perintahku
Ikut segala perintahku.
Hei si hantu raya
Menyerupa engkau serupa aku
Menyerupa engkau dalam diriku
Jangan engkau langgar perintahku
Jikalau engkau engkar
Aku panah engkau
Dengan panah berpanah
Panah sakti
Panah rajuma
Amalan ini dilakukan selama tiga malam berturut-turut. Malam terakhir
adalah malam penentu, samada hasrat seseorang itu berjaya atau tidak.
Makhluk ini kadang-kadang datang menjelma balam-balam sebentar di atas
bahan jamuan yang diletakkan di hadapannya. Ketika itulah orang yang
berkenaan memberitahu maksud ia memanggil makhluk tadi, juga berjanji
akan memberi makan, samada sekali dalam sebulan, sekali seminggu dan
sebagainya, sekiranya makhluk tadi mahu “berkhidmat” untuknya.
Orang yang berkenaan mula-mula akan merasa sejuk pada ibu jari
kakinya, ataupun ibu jari tangannya, lalu akhirnya rasa tadi meresap ke
seluruh tubuh. Ini bererti bahawa makhluk tersebut telah masuk ke dalam
tubuh orang yang berkenaaan, samada melalui ibu jari kaki ataupun ibu
jari kanan. Ia akan pulih sepeti sedia-kala apabila makhluk itu keluar
dari tubuh. Dengan ini maka terjalinlah hubungan antara orang yang
berkenaan dengan hantu raya tadi, lalu ia menyuruh makhluk itu
mengikutinya balik ke rumah.
ILMU KEBATINAN dengan MENUNTUT ( 2 )
Di antara tujuan seseorang itu membela hantu raya ialah untuk menjaga
diri, keluarga, dan harta benda, termasuk binatang ternakan dan hasil
tanaman daripada diganggu atau dicuri. Dengan penglibatan makhluk ini
juga, seseorang itu dikatakan boleh menjadi kebal.
Hantu raya akan menurut perintah tuannya dengan syarat ia dijamu
terlebih dahulu, sebelum melakukan sesuatu perintah. Di antara jamuan
yang perlu disajikan ialah pulut kuning, sekapur sirih pinang, telur
ayam, bertih nasi dan rokok daun.Terdapat ungkapan kata tertentu dalam
upacara pemanggilan itu, dan jika disertakan dengan pembarakan kemenyan,
hantu raya akan lebih cepat datang dan segera mengerjakan apa yang
disuruh.
Untuk membinasakan seseorang, samada musuh ataupun orang yang tidak dikenali, ungkapan-ungkapan yang dituturkan berbunyi :-
* Hei anakku si hantu raya
Engkau rasuk sianu
(dengan menyebut nama mangsa beserta nama ibunya)
Engkau makan hati perut dia
Jikalau engkau tidak pergi
Rasuk, makan hati perut dia
Aku sumpah engkau
Derhaka engkau pada Allah
Derhaka engkau pada Muhammad
Derhaka engkau kepada aku.
Makhluk belaan ini juga perlu bersiap sedia untuk menjaga keselamatan
diri tuannya ketika ia hendak berjalan. Di bawah ini diperturunkan satu
ungkapan kata, sebagai contoh yang digunakan untuk tujuan tersebut.
* Hei anakku si hantu raya
Engkau bersiap-siap
Aku hendak jalan
Ataslah engkaulah menjaga diriku
Jangan engkau derhaka kepada aku
Derhaka engkau pada Muhammad
Derhaka engkau pada Allah
Amalan di atas, dilakukan dengan sengaja bertujuan untuk membela
hantu raya, yang dilakukan dengan kaedah tertentu menurut apa yang
diajar oleh guru. Rangkaian kata yang dituturkan ketika memanggil hantu
raya inilah yang disebut sebagai “panggilan” atau “pemujaan”. Hantu raya
yang difahami oleh masyarakat Melayu adalah termasuk dalam golongan jin
kafir, samada iblis atau syaitan. Dengan ini bererti bahawa amalan yang
dilakukan oleh orang yang berkenaan adalah amalan memuja atau memanggil
syaitan. Nama “HANTU RAYA” adalah diantara nama hantu yang biasa
difahami oleh orang Melayu yang dikaitkan dengan hantu belaan. Nama ini
tidak wujud dalam Al-Qur’an.
Terdapat kata-kata dusta dalam ungkapan tersebut, yang menyebut asal
usul hantu raya, iaitu daripada “Bulu Hidung Nabi Adam”. Berumpankan
telur ayam yang ditebuk menggunakan jarum dan diletakkan darah orang
yang berkenaan, makhluk ini dipuja untuk menjadi sahabatnya.
Persahabatan seperti ini adalah seburuk-buruk persahabatan seperti yang
tersebut dalam al-Qur’an ( An-Nisa ayat 38 )
Barang siapa syaitan itu menjadi temannya, maka syaitan itu adalah seburuk-buruk teman.
PERINGATAN !!! Pemujaan di atas ini hanya untuk dijadikan sempadan, tidak harus dipraktikkan !!!….. subhanallah.
Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
ReplyDeleteSegera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang Marupakan Agen Judi Online Terpercaya
Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ ini Begitu Banyak,diantaranya:
- Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
- Deposit Minimal Sangat Terjangkau Yaitu Rp.10.000
- Proses Setor dan Tarik Dana dijamin tidak ada kata lama,hanya memerlukan waktu 1-3 menit.
- Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
- Bonus Turnover 0.3%-0.5%
- Bonus Refferal 20%
- Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
- Berkerja sama dengan 4 bank lokal antara lain : ( BCA-MANDIRI-BNI-BRI )
Jenis Permainan yang Disediakan ada 7 jenis :
Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker
Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
BBM: 2AD05265
WA: +855968010699
Skype: smsqqcom@gmail.com
Ayo Jangan Lama-lama lagi,Segera Daftarkan Sekarang Juga...